MetMalaysia keluarkan nasihat ribut tropika Fengshen

KOTA KINABALU : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat berkaitan Ribut Tropika Fengshen yang sedang bergerak ke arah barat laut. Ribut tersebut bergerak dengan kelajuan 30 kilometer sejam pada jarak kira-kira 961 kilometer ke timur laut Kudat, Sabah. MetMalaysia memaklumkan ribut berkenaan mencatat kelajuan angin maksimum 65 km/j. “Setakat ini ribut tidak memberikan kesan signifikan kepada Malaysia,“ menurut kenyataan jabatan itu. Kedudukan semasa ribut tropika pada jam 11 pagi ialah di latitud 14.7 utara dan longitud 120.6 timur. Lokasi tersebut terletak kira-kira 34 kilometer ke barat laut Manila City, Filipina. – Bernama