Islam harus waspada kombinasi tumbukan JDM

BEKAS juara dunia lightweight UFC, Islam Makhachev bakal membuat debut di kategori welterweight pada 16 November ini, apabila berdepan jaguh Australia, Jack Della Maddalena (JDM) dalam pertarungan utama UFC 322 di Madison Square Garden, New York.Peralihan ke kelas welterweight menandakan misi Islam untuk muncul petarung Dagestan, Rusia pertama meraih kejuaraan berganda di UFC.Dalam persiapan intensif menjelang UFC 322, Islam dibantu rakan sekampung dan legenda UFC, Khabib Nurmagomedov bersama jurulatih Javier Mendez yang mengetuai kem latihannya di Pantai Timur Amerika Syarikat.Fokus utama adalah memperkukuh strategi, teknik dan ketahanan fizikal bagi menghadapi JDM yang terkenal dengan kekuatan dan kepakaran tinjunya.Walaupun Islam (27-1) terkenal dengan dominasi di Octagon, bekas juara middleweight, Michael Bisping memberi amaran bahawa kemahiran tinju JDM (18-2) adalah satu kelebihan nyata."Jack mungkin kalah dalam dua perlawanan pertamanya, tetapi sejak itu kebangkitannya tidak dapat dibendung lagi."Gaya bertinjunya sangat kemas, cantik dan mungkin yang terbaik di seluruh UFC," kata Bisping.Untuk rekod, Islam tampil di UFC 322 dengan rekod 15 kemenangan berturut-turut di divisyen lightweight, termasuk menewaskan nama besar seperti Charles Oliveira dan Dustin Poirier.Satu-satunya kekalahan dalam kariernya berlaku pada 2015 ketika bertemu veteran Brazil, Adriano Martins melalui knockout (KO) pusingan pertama.Pertemuan dengan JDM dijangka menjadi ujian sebenar keupayaan Islam di kelas baharu, bukan sahaja dari segi dominasi keseluruhan, tetapi juga ketangkasan menghadapi seorang peninju yang memiliki kelebihan teknikal dan keupayaan tinju kelas dunia.Sebelum ini, Islam telah menumbangkan rakan senegara JDM, Alexander Volkanovski sebanyak dua kali dan situasi itu mungkin menjadi 'modal' buat JDM menuntut bela kekalahan rakannya itu di UFC 322 nanti.Selain pertarungan Islam-JDM, pertarungan kategori flyweight wanita juga menjadi tumpuan utama apabila bekas juara dunia strawweight UFC sebanyak dua kali, Zhang Weili (26-3) tampil mencabar penyandang juara Valentina Shevchenko (25-4-1).