Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) mengajak semua pesara, bakal pesara serta ahli keluarga untuk menyertai Karnival MyPesara 2025, yang akan berlangsung di Mydin Tunjong, Kota Bharu, Kelantan dari 14 hingga 16 November depan.Pengunjung akan menjalani amalan gaya hidup aktif, produktif dan lebih bermakna selepas bersara di karnival ini.Masuk adalah percuma dan terbuka kepada semua lapisan masyarakat!Karnival MyPesara edisi kelima ini menampilkan Riadah MyPesara, Bazar MyPesara dan Anugerah MyPesara yang merupakan inisiatif KWAP untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terutamanya dalam kalangan pesara tentang persediaan menghadapi alam persaraan.Program ini turut membudayakan gaya hidup sihat dan meraikan pesara kerajaan atas jasa mereka kepada masyarakat dan negara.14 November – Pameran Karnival dan Bazar MyPesaraHari pertama karnival membuka tirai dengan sesi ceramah dan bicara motivasi yang menampilkan penceramah undangan bagi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan perkongsian ilmu yang bermanfaat.Antara topik yang akan dibincangkan termasuk berkaitan keusahawanan, kesihatan, psikologi pasca kerjaya serta kerohanian.Lebih 100 gerai pameran akan dibuka, melibatkan pelbagai institusi kewangan, agensi kerajaan dan korporat, selain Bazar MyPesara yang dikelolakan oleh para pesara sendiri bagi memeriahkan karnival ini.Pengunjung juga boleh menjalankan pemeriksaan kesihatan percuma dan mendapatkan khidmat fisioterapi sepanjang program berlangsung.15 November – Riadah MyPesaraHari kedua dimeriahkan dengan aktiviti santai, Riadah MyPesara dengan acara larian, senamrobik, sukaneka dan permainan tradisional.Ini diikuti pula dengan Acara Senaman Kerusi Teramai oleh Malaysia Book of Records sebagai acara kemuncak hari tersebut.Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan, dimana pengunjung dapat menyaksikan perarakan basikal tua dan beca Kelantan, demonstrasi permainan gasing tradisional, serta pelbagai sesi pengisian Sembang MyPesara: Teman Persaraan Anda.16 November – Anugerah MyPesaraKarnival ini melabuhkan tirai dengan Majlis Anugerah MyPesara 2025 yang merupakan satu platform penghargaan kepada pesara yang terus memberi sumbangan kepada komuniti walaupun selepas bersara.Anugerah ini menampilkan tiga kategori utama iaitu Keusahawanan, Pendidikan, Sosial dan Khidmat Masyarakat, sebagai pengiktirafan terhadap dedikasi dan semangat pesara yang menjadi inspirasi kepada orang ramai.Pengunjung juga berpeluang untuk membeli produk tempatan seperti makanan, pakaian, hiasan serta produk hasil usaha para pesara. Jangan lepaskan peluang ini!Tandakan kalendar anda pada 14 hingga 16 November ini dan sertai kami di Karnival MyPesara 2025!Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang rasmi KWAP di www.kwap.gov.my/karnivalmypesara/ atau ikuti media sosial KWAP di @KWAP Malaysia.