SEREMBAN - Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga dilaporkan hilang dari rumahnya di Jalan Kebun, Shah Alam, Selangor sejak Jumaat lalu dengan lokasi terakhir dikesan di Terminal 1 di sini.Dikatakan remaja berkenaan, Izza Arcarina Mahmudi, 15, ke terminal berkenaan menaiki Grab yang ditempah menggunakan telefon bimbit datuknya sekitar jam 1.30 pagiIbunya, Nur Hidayah Anuar, 32, berkata, anak sulung daripasa lima beradik itu hanya disedari hilang sekitar jam 6.30 pagi ketika mahu mengejutkan remaja itu bangun untuk ke sekolah."Masa saya ke biliknya, dia dah tiada. Dia keluar rumah sehelai sepinggang, tak bawa duit dan kad pengenalan."Dia tak ada telefon jadi saya tak tahu cara hubunginya. Rakan-rakannya juga tidak tahu keberadaannya," katanya kepada Sinar Harian.Katanya, tiada salah faham atau pertengkaran yang menyebabkan anaknya bertindak sedemikian. Anaknya tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap dan kelihatan seperti biasa."Sebelum ini dia pernah keluar bersama rakan tapi dia akan pulang semula ke rumah, cuma ini kejadian pertama keluar rumah tidak dapat dikesan."Pengawal keselamatan di Terminal Seremban ada memaklumkan ternampak seorang lelaki bermotosikal datang menjemputnya di sana," katanya.Dia merayu anaknya pulang kerana bimbang keselamatan Izza Arcarina yang masih berada di bawah umur."Baliklah kakak mak tak marah. Mak sayang kakak, atuk pun sakit teringatkan kakak. Balik ya, nak… adik-adik semua rindu dan cari kakak," rayunya.Laporan polis telah dibuat berhubung kehilangan remaja itu dan orang awam yang mempunyai maklumat mengenai Izza Arcarina diminta menghubungi 016-612 8926 (Nur Hidayah) atau mana-mana balai polis berhampiran.