KUALA LUMPUR - Penyanyi rap tempatan Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee disambung reman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang pempengaruh wanita warga Taiwan di dalam bilik air sebuah hotel di Jalan Conlay di sini pada 22 Oktober lalu.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, permohonan melanjutkan tempoh reman terhadap Namewee telah dibenarkan selama tiga hari bermula Selasa hingga Khamis."Namewee disambung reman tiga hari lagi setelah tempoh reman ke atasnya (Namewee) bermula 5 November lalu tamat hari ini," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Terdahulu, Namewee, 42, tampil menyerah diri ke IPD Dang Wangi, awal pagi tadi, bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.Sebelum ini, Fadil dilaporkan berkata, pihaknya mengklasifikasikan kes berkenaaan sebagai mati mengejut (SDR), namun kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.Katanya, Namewee difahamkan berada di lokasi itu ketika kejadian berlaku.Menurutnya, siasatan masih berjalan dan melihat dari semua sudut termasuk individu terakhir yang bersama mangsa akan disiasat.