RIMBUN: Kaedah Mengajar Perlu Disesuaikan Ikut Zaman – Mahdzir

KUALA LUMPUR, 10 Nov – Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berpandangan bahawa kaedah pengajaran guru-guru perlu disesuaikan mengikut peredaran zaman pada masa kini. Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkata, kehadiran teknologi semakin pesat kini dilihat telah menembusi dinding sempadan moral yang telah dibina untuk anak-anak sebelum ini. “Malaysia dah 68 tahun merdeka dan dunia [...]