Hujan lebat, ribut petir hampir di seluruh negara - MetMalaysia

PETALING JAYA – Sebahagian besar kawasan di Semenanjung serta beberapa bahagian di Sarawak dijangka mengalami hujan lebat dan ribut petir hingga sekitar 7 malam ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).Dalam kenyataan terkininya, MetMalaysia memaklumkan bahawa Perlis, Kelantan dan Terengganu dijangka menerima hujan berterusan dengan aktiviti ribut petir yang meluas.Di utara Semenanjung, hujan turut dijangka membadai kawasan di Kedah meliputi Langkawi, Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, manakala Perak terjejas di Batang Padang dan Muallim.Sementara itu, Pahang dijangka hujan di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Bentong, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.Selangor pula menerima amaran hujan lebat di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Hulu Langat serta Sepang, termasuk Kuala Lumpur dan Putrajaya.Bagi Negeri Sembilan, ribut petir diramalkan di Jelebu dan Seremban, manakala Johor dijangka terjejas di Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.Di Sarawak, antara kawasan yang berisiko mengalami hujan lebat ialah Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong (Pusa dan Betong), Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu, Mukah (Mukah), Kapit (Song, Kapit dan Belaga), Bintulu, Miri (Beluru dan Marudi) serta Limbang (Limbang).Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap risiko banjir kilat dan pokok tumbang, selain mengikuti perkembangan cuaca semasa melalui portal dan media sosial rasmi MetMalaysia.