PUTRAJAYA- Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan sewajarnya bagi menjejaki suami Indira Gandhi, Riduan Abdullah.Ia susulan laporan sebuah portal berita bahawa Riduan yang telah dikenakan waran tangkap sejak 15 tahun lalu menerima manfaat daripada skim bantuan kerajaan seperti Inisiatif Budi Madani (BUDI95) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai perkara tersebut."Ini adalah salah satu isu legasi dan saya akan meminta PDRM mempersiapkan (maklumat) untuk berdepan dengan rakyat berhubung perkara ini," katanya menerusi sidang akhbar di sini pada Isnin.Oktober lalu, satu hantaran di media sosial mencetuskan semula perhatian terhadap pengendalian polis dan Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung kes tersebut, dengan mendakwa Riduan masih berada dalam negara dan menerima BUDI95 serta SARA.Hantaran X itu merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh polis pada 2016 bagi mengesan keberadaan Riduan, yang sebelum ini dikenali sebagai K Pathmanathan, lengkap dengan nombor kad pengenalannya.Ia turut merujuk laporan pada 2020 yang menyatakan KDN mendapati melalui siasatan polis, Riduan tidak lagi berada di dalam negara.Semakan pihak portal terbabit mendapati, nombor kad pengenalan milik Riduan telah menggunakan sepenuhnya bantuan tunai Sara sebanyak RM100 dan hampir 100 liter daripada kuota 300 liter subsidi BUDI95.Pads tahun 2009, mahkamah telah mengeluarkan untuk mendapatkan semula anak bongsu Indira, Prasana Diksa serta menahan Riduan yang didakwa menculik kanak-kanak itu selepas menukarkan agamanya kepada Islam secara sepihak.Pada 2016, Mahkamah Persekutuan mengesahkan penghakiman minoriti di Mahkamah Rayuan dan mengarahkan polis menahan Riduan dan membawa pulang Prasana.Sementara itiu pada 2020, Indira memfailkan saman RM100 juta dengan menamakan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, PDRM, KDN dan kerajaan sebagai defendan ekoran tiada sebarang perkembangan mengenai keberadaan anaknya.