Qaiyum buru emas tinju 51kg di Sukan SEA

PETINJU negara, Muhammad Abdul Qaiyum Ariffin mahu menampilkan karakter lebih matang dalam misi memburu pingat emas pada penampilan ketiganya di pentas Sukan SEA.Pemenang gangsa kategori 51 kilogram (kg) Sukan SEA 2023 di Kemboja itu berkata, beliau kini menumpukan kepada pemantapan mental sebagai persiapan menghadapi edisi Thailand bulan depan.Menurutnya, aspek itu diberi perhatian bagi memastikan prestasi sebenar di gelanggang tidak terjejas oleh tekanan pertandingan."Kebiasaannya ketika sparring, saya boleh tunjukkan teknik dan pertahanan dengan baik."Tapi setibanya hari pertandingan, prestasi kadang-kadang berbeza."Jadi saya cuba membayangkan suasana perlawanan sebenar sewaktu latihan supaya mental ini terbiasa," katanya.Petinju berusia 23 tahun dari Ipoh, Perak itu juga memberi perhatian khusus kepada wakil tuan rumah dan Filipina yang dijangka menjadi pencabar utama dalam perebutan podium pada temasya dwitahunan itu nanti.Sukan SEA Thailand 2025 dijadualkan berlangsung dari 9 hingga 20 Disember membabitkan tiga wilayah iaitu Bangkok, Chonburi dan Songkhla.Sebagai rekod, Qaiyum kandas di pusingan awal pada penampilan pertamanya semasa Sukan SEA Vietnam 2021.Penampilan Qaiyum di arena tinju tempatan mula mencuri perhatian apabila memenangi pingat emas menerusi kategori 48kg pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2022.Dia kemudian dipilih menggalas cabaran negara pada Sukan Komanwel Birmingham 2022.