PAPAR, 11 Nov – Inisiatif Tabung Pendidikan Melayu/Bumiputera (TPMB) memainkan peranan penting dalam membantu pelajar dan keluarga berpendapatan sederhana serta rendah bagi meneruskan kecemerlangan pendidikan. Ketua UMNO Bahagian Papar, Datuk Jamal Nerubi berkata demikian selepas menghadiri Majlis Penyerahan Sumbangan Tabung Pendidikan Melayu/Bumiputera DUN N28 Kawang, yang disempurnakan oleh Pengerusinya, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi, yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO. [...]