SHAH ALAM - Pengasas program motivasi eHATI antara dua individu dikesan selepas waran tangkap dikeluarkan terhadap mereka berikutan kegagalan hadir ke mahkamah bagi prosiding pertuduhan baru-baru ini.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, kedua-dua individu berkenaan sepatutnya hadir bagi menghadapi pertuduhan yang dijadualkan sebelum ini namun mereka gagal berbuat demikian."Dua waran tangkap telah dikeluarkan terhadap dua individu termasuk pengasas eHATI kerana gagal hadir semasa pertuduhan hendak dijalankan di mahkamah," katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini pada Selasa.Katanya, pihak polis kini sedang berusaha mengesan kedua-duanya dan enggan mendedahkan lokasi mereka bagi melancarkan proses pencarian.Saya tidak boleh dedahkan di mana mereka berada, namun usaha sedang giat dijalankan bagi mengesan kedua-dua individu terbabit," katanya.Difahamkan, pengasas eHATI bersama seorang lagi individu itu sepatutnya didakwa pada 14 Oktober lalu bersama pasangan suami isteri yang juga merupakan doktor dalam bidang kesihatan dan kecantikan.Sebelum ini, seramai 95 individu telah dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung penganjuran program motivasi rumah tangga yang berlangsung di sebuah pusat konvensyen di Seksyen 15, Shah Alam, pada September tahun lalu.