KUALA LUMPUR - Penguatkuasaan tegas dan berani oleh pelbagai agensi kerajaan dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini disifatkan sebagai yang paling berkesan dalam sejarah selepas berjaya memulihkan ketirisan negara berjumlah RM15.5 bilion, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau berkata, kejayaan itu adalah hasil tindakan bersepadu tanpa kompromi melalui pasukan petugas pelbagai agensi (multi-agency task force) melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta beberapa agensi lain."Kalau tiada penguatkuasaan yang berkesan, mustahil kutipan RM15 bilion dapat dilakukan. Penguatkuasaan tegas dan berani, dan setakat yang saya tahu, ini adalah yang paling efektif dalam sejarah."Berdasarkan rekod rampasan, penyeludupan dan lain-lain tindakan penguatkuasaan, jumlahnya memang mencapai RM15 bilion. Sebab itu saya memberikan penghargaan khas kepada semua pasukan penguatkuasaan atas usaha mereka," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Selasa.Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Sri Dr Wee Jeck Seng (BN-Tanjung Piai) yang mempersoalkan mengapa tiada tindakan penguatkuasaan yang tegas sejak dahulu serta jumlah pendakwaan yang telah dilaksanakan. AKAN MENYUSUL