BATU PAHAT - Seorang ejen insurans maut manakala seorang lagi cedera dalam nahas membabitkan dua kenderaan di Jalan Ayer Hitam–Kluang berhampiran UK Farm di sini pada Selasa.Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam, Penguasa Bomba Kanan I Isyadi Dani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan berkenaan pada jam 9.44 pagi.Menurutnya, sebaik menerima panggilan tersebut, satu jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu jentera utiliti serta enam anggota dihantar ke lokasi sejauh sembilan kilometer (km)."Setibanya anggota bomba di lokasi pada jam 9.55 pagi, didapati kemalangan tersebut melibatkan dengan lori satu tan."Seorang lelaki dari kenderaan pacuan empat roda Isuzu didapati tersepit di bahagian pemandu."Anggota bomba bertindak membawa mangsa keluar menggunakan peralatan khas, namun mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Tambah Isyadi, mangsa yang dikenali sebagai Mod Salrizal Rohani, 31, kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut."Setelah memastikan keadaan terkawal, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.58 pagi," katanya.