Kes bunuh pempengaruh Taiwan: Namewee dipercayai ada hubungan istimewa dengan mangsa - Polis

KUALA LUMPUR - Penyanyi rap tempatan Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee dipercayai mempunyai hubungan istimewa dengan pempengaruh wanita warga Taiwan yang ditemui maut di sebuah hotel di sini bulan lalu.Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata, siasatan mendapati Namewee disyaki telah bersama mangsa sejak dari luar negara sehingga kedua-dua mereka berada di negara ini."Setakat ini, siasatan mendapati lelaki itu memang mempunyai hubungan istimewa dengan mangsa."Kita juga telah merakam keterangan semua saksi yang terlibat dalam kes ini," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Sambutan Deepavali di Ibu Pejabat Polis (IPK) Kuala Lumpur di sini pada Selasa.Mengulas mengenai status siasatan, Fadil berkata, perkembangan setakat ini adalah positif dan ketika ini pihak polis masih menunggu laporan penuh bedah siasat serta laporan toksikologi."Lelaki itu juga memberi kerjasama dalam membantu siasatan," katanya.Dalam pada itu, Fadil berkata, mayat wanita itu masih belum dituntut oleh keluarganya."Ada individu yang cuba menuntut (mayat) tetapi dibenarkan kerana tiada authorization. Kita meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat tentang keluarga mangsa untuk tampil membantu siasatan."Siasatan masih diteruskan dan kita akan usahakan lagi berdasarkan bukti yang ada. Kita akan kemukakan cadangan (pertuduhan) kepada (pejabat) Timbalan Pendakwa Raya (DPP) dalam masa terdekat (sebaik kertas siasatan dilengkapkan)," katanya.Pada Isnin, media melaporkan Namewee disambung reman tiga hari bermula Selasa hingga Khamis bantu siasatan berkaitan kes itu.Fadil dilaporkan berkata, Namewee disambung reman tiga hari lagi setelah tempoh reman reman Namewee bermula 5 November lalu tamat pada Isnin.Terdahulu, Namewee, 42, tampil menyerah diri ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 5 November lalu bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.Sebelum ini, Fadil dilaporkan berkata, pihaknya mengklasifikasikan kes berkenaaan sebagai mati mengejut (SDR), namun kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.Katanya, Namewee difahamkan berada di lokasi itu ketika kejadian berlaku.Menurutnya, siasatan masih berjalan dan melihat dari semua sudut termasuk individu terakhir yang bersama mangsa akan disiasat.