Dua penganggur miliki 10 rekod jenayah ditahan lagi kes pecah rumah

JEMPOL - Dua penganggur yang mempunyai 10 rekod jenayah dan narkotik ditahan sekali lagi selepas terbabit dalam kes pecah rumah di Taman ACBE Bahau di sini pada Ahad.Terdahulu, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan suspek berusia 30 tahun memasuki rumah mangsa telah tular di media sosial.Ketua Polis Daerah Rembau, Superintenden Hasani Hussain berkata, pengadu menyedari kejadian itu selepas tiba di rumah sekitar jam 1.30 tengah hari apabila mendapati pintu rumah dalam keadaan terbuka serta cermin pintu gelangsar telah pecah."Mangsa membuat laporan polis pada jam 3 petang dan suspek berjaya ditahan kira-kira jam 5 petang hari yang sama."Kerugian dianggarkan berjumlah lebih kurang RM3,500," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.Beliau berkata, tangkapan dilakukan bersama rampasan beberapa barangan termasuk wang kertas pelbagai negara, dua utas jam tangan, dua telefon bimbit, sebuah kamera serta sebuah motosikal.Tambahnya, suspek kini direman selama lima hari sehingga 13 November bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana kesalahan pecah rumah.