LANGKAWI - Sebanyak 11 mayat mangsa bot karam di perairan sempadan Malaysia-Thailand yang ditemukan sebelum ini dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, petang ini.Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Khairul Azhar Nuruddin berkata kesemua mayat akan dibedah siasat di hospital berkenaan."Kesemua mayat yang sebelum ini ditempatkan di Hospital Sultanah Maliha dibawa ke Jeti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Bukit Malut dengan sebuah trak."Mayat kemudian dibawa naik ke sebuah bot Pasukan Polis Marin yang berlayar ke jeti Kuala Perlis, Perlis sebelum dibawa ke HSB," katanya ketika dihubungi hari ini.Beliau berkata, setakat ini pihaknya tidak dapat mengenal pasti sama ada kesemua mayat adalah etnik Rohingya kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemukan.Setakat ini, operasi mencari dan menyelamat mangsa bot karam di perairan sempadan Malaysia-Thailand, di sini menemukan 16 mangsa yang telah meninggal dunia manakala 14 lagi ditemukan selamat. - Bernama