Belanjawan Pahang 2026: Dinamik, realistik dan untuk rakyat – Wan Rosdy

KUANTAN – Kerajaan Pahang akan membentangkan Belanjawan 2026 yang bersifat dinamik, berpaksikan rakyat dan dirangka secara realistik mengikut kedudukan kewangan semasa negeri.Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, penyediaan bajet tersebut dilakukan secara teliti melalui perbincangan bersama kepimpinan kerajaan, ketua jabatan dan pemimpin masyarakat bagi memastikan setiap peruntukan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat."Bajet ini kita tidak buat sambil lewa. Kita serius kerana negeri ini mempunyai 1.7 juta penduduk, jadi ini merupakan satu tanggungjawab besar untuk memastikan hasil yang kita peroleh dikembalikan kepada rakyat."Sebab itu kita adakan retreat bajet selama tiga hingga empat hari, himpunkan semua ketua jabatan dan kepimpinan masyarakat untuk berbincang apa yang perlu kita beri semula kepada rakyat," katanya.Beliau berkata demikian pada Program Town Hall Rakyat anjuran Sinar Harian yang berlangsung di Dewan Datuk Seri Abdul Manan Ismail di sini pada Selasa.Wan Rosdy memaklumkan hasil negeri kini melebihi RM1 bilion dengan lebihan sebanyak RM600 juta telah dikembalikan kepada rakyat melalui pelbagai inisiatif kerajaan negeri.Menurutnya, selain sesi libat urus bersama jabatan kerajaan, kerajaan Pahang turut membuka ruang kepada rakyat untuk menyampaikan pandangan dan cadangan melalui e-mel khas yang diwujudkan."Semua pandangan yang dikemukakan akan diteliti dan dibincangkan bersama pasukan kerajaan negeri sebelum dibawa kepada saya."Kita juga turun padang mendengar permintaan rakyat kerana kita sedar harapan mereka tinggi. Namun, semua permintaan itu tetap tertakluk kepada kemampuan kewangan kerajaan negeri," katanya.