Rakyat jangan terpengaruh politik sempit – Wan Rosdy

KUANTAN – Rakyat diminta supaya tidak terpengaruh dengan politik sempit yang cuba menggugat keharmonian serta menimbulkan kerugian kepada rakyat dan kerajaan sedia ada.Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerajaan negeri telah menumpukan usaha dan perancangan yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat.Justeru, menurutnya, rakyat perlu menilai kerajaan berdasarkan prestasi sebenar, bukannya retorik politik."Kalau kerajaan telah menunaikan tanggungjawabnya, walaupun tidak sepenuhnya, tetapi memberi kesejahteraan kepada rakyat, kerajaan tersebut wajib diteruskan."Jangan dengar politik sempit yang hanya cuba menggugat keharmonian," katanya.Beliau berkata demikian ketika Program Town Hall Rakyat anjuran Sinar Harian yang berlangsung di Dewan Datuk Seri Abdul Manan Ismail, di sini, pada Selasa.Wan Rosdy turut menyenaraikan pelbagai bantuan yang telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan negeri.Antaranya, bantuan kepada ibu yang melahirkan bayi, warga emas, hinggalah kepada pengurusan jenazah, yang kesemuanya akan dimasukkan dalam Belanjawan Negeri.