SHAH ALAM - Seorang lelaki ditahan selepas bertindak memprovokasi dan mengugut Bailif Mahkamah Tinggi Shah Alam dan anggota polis yang menjalankan tugas di sebuah rumah di Pandamaran, Klang dekat sini.Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Ramli Kasa berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang tadi pegawai mahkamah dan anggota polis terbabit sedang menyempurnakan writ saman mahkamah tinggi di premis terbabit."Seorang lelaki yang berada di dalam premis tersebut telah memprovokasi pegawai mahkamah itu dan anggota polis, dengan bertindak memecahkan botol kaca serta melafazkan kata-kata ugutan."Tangkapan terhadap lelaki warga tempatan itu dibuat atas kesalahan menghalang penjawat awam untuk menjalankan tanggungjawabnya dan ugutan jenayah. Siasatan lanjut akan diteruskan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.Beliau dalam kenyataan sama menasihatkan orang ramai untuk mematuhi arahan yang dikeluarkan atau bakal berdepan dengan tindakan undang-undang. - Bernama