Nilai ekonomi berpaksikan al-Quran

SHAH ALAM – World #QuranConvention 2025 (WQC2025) yang bakal berlangsung pada 6 hingga 7 Disember ini di Perdana Hall MITI, Kuala Lumpur mengangkat tema Surah Al-Saff: Quranic Solutions for Global Economic Challenges sebagai platform memperkasa pemimpin menerusi pendekatan ekonomi berasaskan wahyu.Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Marhaini Yusoff berkata, edisi WQC2025 kali ini mengekalkan Pengasas Institut Bayinnah, Ustaz Nouman Ali Khan selaku pengarah dan penceramah utama.Menurutnya, penganjuran kali ini memberi tumpuan kepada ketua jabatan, agensi, institusi dan universiti bagi memperkukuh kefahaman kepimpinan terhadap nilai ekonomi berpaksikan al-Quran.Marhaini berkata, setiap peserta akan mendapat naskhah al-Quran (Amazing) keluaran Karangkraf secara percuma bagi memudahkan rujukan sepanjang konvensyen berkenaan berlangsung."WQC2025 berteraskan konsep From Revelation to Innovation iaitu transformasi daripada wahyu kepada nilai dan seterusnya kepada tindakan serta inovasi berasaskan al-Quran," katanya.Marhaini menjelaskan, konsep itu selaras dengan semangat Surah al-Saff yang menyeru umat agar berdiri teguh dalam perjuangan.Maka tahun ini, WQC2025 membangunkan empat tunjang utama sebagai asas kukuh penyusunan semula ekonomi dan masyarakat Islam.Antara inisiatif utama ialah #saf12movement yang turut berinspirasikan Surah Al-A‘raf:160 yang menggambarkan 12 mata air sebagai simbol 12 kluster rezeki."Kluster itu termasuk bidang kesihatan, belia, pembangunan wanita, keselamatan makanan, teknologi, fintech, kejuruteraan dan penyelidikan Qurani, selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG).Beliau berkata, WQC2025 mahu mengalihkan tumpuan daripada sistem kapitalisme semata-mata kepada ekonomi yang berteraskan nilai dan keadilan, dengan berpandukan sirah Rasulullah SAW dalam menangani sekatan ekonomi di Makkah dan Madinah.Dari segi penyertaan, beliau memaklumkan kerajaan negeri Selangor akan menghantar delegasi terbesar dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menjadi tuan rumah dan penaja lokasi WQC2025.Antara barisan penceramah yang hadir termasuklah Ketua Pegawai Eksekutif Oxford Intellect, Dr Imran Alvi; Pengarah Urusan Dagang NeXchange Bhd, Tan Sri Syed Zainal Abidin dengan program akan dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dengan kehadiran Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee.Penyertaan masih dibuka kepada orang ramai dan mereka yang berminat untuk menyertai WQC2025 boleh layari www.worldquranconvention.com.