PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan penjawat awam supaya tidak terlalu selesa dengan pencapaian ekonomi semasa, sebaliknya kekal waspada terhadap kemungkinan iri serta permusuhan luar yang boleh membawa kesan kepada kestabilan negara.Anwar berkata, Malaysia kini mencatat rekod memberangsangkan termasuk prestasi ringgit dalam kalangan mata wang Asia, kadar pengangguran rendah dalam tempoh satu dekad serta pelaburan yang disifatkan tertinggi sejak negara mencapai kemerdekaan.Namun menurut beliau, kemajuan tersebut tidak boleh menimbulkan rasa selesa kerana sejarah memperlihatkan kejatuhan bermula apabila timbul kealpaan dalam mempertahankan asas kekuatan negara."Kita bersyukur, tetapi syukur itu mesti hadir bersama kewaspadaan," katanya dalam Perhimpunan Bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di sini pada Selasa.AKAN MENYUSUL