PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa beliau akan memberikan penjelasan terperinci mengenai keputusan kerajaan yang tidak merayu terhadap pemberian khas berdasarkan 40 peratus hasil Sabah.Berucap di Perhimpunan Bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, Anwar berkata, beliau telah membincangkan isu berkenaan secara mendalam dalam Mesyuarat Khas Kabinet semalam termasuk pertimbangan konsensus berhubung isu-isu yang berkaitan dengan 40 peratus mengikut Perkara 112C dan Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan."Keputusan ini tidak dirayu, namun perkara-perkara tertentu akan saya jelaskan secara lebih terperinci di Parlimen esok," katanya pada Selasa.AKAN MENYUSUL