KOTA KINABALU, 12 Nov – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa hak 40 peratus hasil Sabah seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan bukan ihsan politik, sebaliknya merupakan kewajipan perlembagaan yang mesti dikembalikan tanpa sebarang rundingan atau kelewatan. Beliau berkata, keputusan Kerajaan Persekutuan untuk tidak memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu serta memulakan rundingan [...]