PORT DICKSON - Polis sedang mengesan waris mayat seorang lelaki tempatan yang ditemui terapung berhampiran sebuah hotel di Pantai Batu 4 di sini pada Jumaat lalu.Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Maslan Udin berkata, pihaknya menerima panggilan orang awam berhubung penemuan mayat terbabit sekitar jam 7.55 malam."Siasatan awal mendapati, mayat itu dipercayai lelaki berbangsa Cina, berusia lingkungan 40-an dengan ketinggian kira-kira 164 sentimeter dan berat 64 kilogram."Lelaki itu memakai baju t-hitam bercorak jalur menegak dan seluar pendek hijau ditulis ‘S. Army’ di bahagian kiri," katanya dalam kenyataan pada RabuBeliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati tiada sebarang kesan kecederaan atau unsur jenayah pada tubuh mangsa.Tambahnya, mayatnya telah dibuat bedah siasat Isnin lalu dan telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut."Pihak polis telah cuba mengesan waris simati melalui cap jari tetapi gagal."Orang awam yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi Ketua Polis Balai Port Dickson, Inspektor Rowi Hasan di talian 019-6666652 / 06-6472222 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.