KLUANG – Empat pasangan termasuk masing-masing berstatus suami dan isteri orang ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dalam operasi cegah maksiat pada awal pagi Rabu.Menurut JAINJ, operasi dilakukan anggota penguat kuasa dari jam 11 tengah hingga 3 pagi di beberapa hotel bajet."Ketika pemeriksaan, sebuah bilik mengambil masa lebih 15 minit untuk dibuka selepas diketuk penguat kuasa. Pasangan terbabit yang terdiri daripada lelaki berusia 50-an dan wanita 40-an kemudian mengaku bukan suami isteri, masing-masing berstatus suami orang dan isteri orang."Mereka mendakwa hanya menumpang bilik sama untuk menjimatkan kos dan tidur berasingan iaitu lelaki di bawah manakala wanita di atas katil."Bagaimanapun, penguat kuasa menahan kedua-duanya bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 kerana disyaki berkhalwat," katanya dalam kenyataan.Selain itu, tiga lagi pasangan turut ditahan dalam operasi sama, termasuk seorang lelaki duda dengan wanita berstatus bujang, serta dua pasangan muda masing-masing berusia lingkungan 20-an hingga 30-an.Menurut sumber JAINJ, semua individu yang ditahan dibawa ke Pejabat Agama Islam daerah Kluang untuk siasatan lanjut.