Suami, isteri orang ditahan berkhalwat, sanggup redah perjalanan lebih 600km

KLUANG – [DIKEMAS KINI] Sepasang lelaki dan wanita masing-masing berstatus suami serta isteri orang ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas disyaki berkhalwat dalam sebuah bilik hotel di bandar ini, awal pagi Rabu.Dalam operasi yang dijalankan antara jam 11 malam hingga 3 pagi itu, pasangan berusia lingkungan 40-an dan 50-an itu enggan membuka pintu bilik walaupun diketuk lebih 15 minit, memaksa penguat kuasa mengambil kunci pendua daripada pihak hotel.Menurut kenyataan JAINJ, ketika pintu berjaya dibuka, pasangan berkenaan dilihat berpakaian lengkap namun dalam keadaan gelabah sebelum mengaku tidak mempunyai hubungan mahram."Mereka mendakwa tidak melakukan apa-apa kesalahan dan hanya menumpang tidur di bilik sama bagi menjimatkan kos."Ketika pemeriksaan, terdapat cadar dijadikan tilam di lantai serta bantal. Lelaki itu memberitahu dia tidur di bawah manakala wanita, atas katil."Mereka juga mengaku tidak melakukan perkara tidak baik dan hanya tidur berasingan. Pasangan itu juga memberitahu mereka menyewa bilik berdua kerana mahu berjimat," katanya dalam kenyataan.Tambahnya, siasatan mendapati pasangan itu menaiki motosikal sejauh 600 kilometer (km) dari sebuah negeri di utara kononnya untuk berjumpa seseorang di Kluang.Seterusnya, serbuan di bilik hotel berikutnya berjaya menahan pasangan berusia 30-an yang membabitkan duda dan anak dara."Pasangan ketiga membabitkan lelaki berusia 20-an yang masih bujang manakala wanita berusia 20-an. Wanita ini datang dari Muar untuk menghadiri majlis perkahwinan rakannya di Kluang."Lelaki pula datang ke bilik untuk menemani wanita ini yang dikatakan kesunyian kerana tinggal berseorangan. Pasangan terakhir ditahan ialah berusia 20-an yang mana mereka sudah merancang bertemu selepas dapat gaji," ujarnya.Jelasnya, kesemua ditahan diambil keterangan dan akan didakwa mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997.