PONTIAN - Seorang nelayan tempatan dilaporkan hilang selepas keluar mencari ketam di perairan berhampiran Jeti Rambah, di sini, sejak petang Selasa.Ketua Polis Daerah Pontian, Suprintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, lelaki berusia 65 tahun itu dilaporkan keluar ke laut pada jam 1.30 tengah hari, namun tidak pulang sehingga jam 7.15 malam."Isterinya memaklumkan kejadian kepada abang ipar mangsa sebelum laporan polis dibuat."Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan sebaik laporan diterima dengan penglibatkan polis serta agensi penyelamat berkaitan," ujarnya ketika dihubungi pada Rabu.