KUALA LUMPUR - Pemerkasaan nilai integriti dan inovasi perlu dijadikan teras utama dalam memperkukuh kredibiliti Kementerian Pertahanan (MINDEF) agar organisasi itu kekal relevan, berdaya saing dan dihormati.Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, gabungan kedua-dua nilai itu saling melengkapi antara satu sama lain dalam membentuk budaya kerja yang berasaskan amanah, tanggungjawab serta memupuk kefahaman mengenai daya cipta tinggi dalam kalangan warga MINDEF.Menurut beliau, integriti merupakan asas kepada kepercayaan dan ketelusan dalam melaksanakan setiap amanah, manakala inovasi pula menjadi pemangkin kepada kemajuan serta keberkesanan sistem pertahanan negara."Gabungan kedua-dua nilai berkenaan menjadi tunjang kekuatan kementerian dalam merealisasikan tema sambutan tahun ini, iaitu Pertahanan Berintegriti, Inovasi Berkualiti, Aspirasi Malaysia Madani," katanya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Majlis Perasmian Sambutan Hari Integriti & Hari Inovasi Peringkat MINDEF di Auditorium Kementerian Pertahanan di sini pada Selasa.Mohamed Khaled berkata, MINDEF melakar sejarah tersendiri dalam bidang inovasi apabila sebanyak 10 permohonan paten telah dikemukakan kepada Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) pada 4 November lalu bagi melindungi hasil ciptaan warga kementerian itu.Katanya, pencapaian itu merupakan satu detik penting untuk sejarah inovasi MINDEF sekali gus membuktikan keupayaan dan daya cipta tinggi warga MINDEF dalam melaksanakan tanggung jawab mereka."Ia kini dalam proses pendaftaran bagi melindungi hasil ciptaan pejuang inovasi kementerian ini."Dalam Indeks Inovasi Global, kedudukan Malaysia telah naik ke tangga ke-33 pada tahun 2024 dari tangga ke-36 sekitar 2021 sehingga 2023. Ini bukti jelas bahawa kita berada di landasan yang betul," ujar beliau.Menurutnya, warga MINDEF sebelum ini turut mencatat kejayaan mem banggakan di pentas antarabangsa apabila meraih enam pingat emas, tiga perak dan dua gangsa dalam per tandingan inovasi di Korea Selatan serta Indonesia."Di Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Penganjuran Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25) pula, hasil inovasi MINDEF bukan sahaja menyerlah di peringkat dunia tetapi juga dapat menjimatkan jutaan ringgit kos kerajaan serta meningkatkan kesiapsiagaan pertahanan."Alhamdulillah, saya berbesar hati melihat usaha kita di MINDEF sudah membuahkan hasil. Bagi memperkasakan aspek integriti MINDEF, pelbagai program advokasi, literasi dan pendidikan integriti turut dilaksanakan dengan kerjasama SPRM sepanjang tahun ini," katanya.REAKSI"Alhamdulillah, kami gembira dengan kemenangan yang dicapai hasil usaha dan kerjasama semua pihak serta ia merupakan penyertaan inovasi pertama." - Pegawai Waran 1, Komunikasi Cawangan Peperangan Elektronik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Mohd Fardaus Baharom"Kami bangga kerana ciptaan inovasi ini dapat menambah baik sistem pesawat dan mengatasi beberapa masalah teknikal yang dihadapi sebelum ini." - Pegawai Staf 2 Sistem Group A5 (PS 2 Sis Gp A5 (Sukhoi) Markas Pemerintahan Bantuan Udara Mejar Mohd Khairil Ashraf Maton TUDM"Dengan kemenangan ini, kami dapat memberikan manfaat kepada Tentera Darat Malaysia (TDM) dan menghasilkan kemudahan yang boleh membantu dalam operasi tentera." - Ketua Woksyop, 34 Woksyop Armor, TDM, Mejar Ir Ts Nazrun Nabill Azlan Shah