Johor Bentang Belanjawan Berjumlah RM2.5 Bilion, Perkenal 260 Inisiatif Baharu

KUALA LUMPUR, 13 Nov – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi hari ini membentangkan Belanjawan Johor 2026 berjumlah RM2.546 bilion, meningkat berbanding RM1.999 bilion tahun lepas. Beliau memperkenal 260 inisiatif baharu, merupakan kesinambungan usaha kerajaan negeri dalam memastikan setiap hasil negeri dilunaskan dan dipulangkan kembali kepada rakyat melalui pelbagai dasar, program dan projek projek berskala besar. “Belanjawan Johor 2026 [...]