KOTA KINABALU - Harimau Belang Malaya yang dikenali sebagai Si Cacat disahkan mati, Sabtu lalu.Taman Hidupan Liar Lok Kawi menerusi hantaran di laman rasmi memaklumkan Si Cacat mengalami arthritis kronik sejak muda yang menyebabkan kesukaran untuk bergerak dan keadaan tersebut bertambah teruk selari dengan pertambahan usianya."Si Cacat merupakan satu-satunya spesis harimau belang yang ada di sini dan berada dalam jagaan Taman Hidupan Liar Lok Kawi sejak beberapa tahun lalu," jelas taman itu.Tambahnya, Si Cacat bukan sekadar ikon kepada taman berkenaan tetapi juga lambang kepupusan yang semakin kritikal bagi spesis Harimau Belang Malaya."Pihak pengurusan menzahirkan rasa dukacita mendalam atas kehilangan ini," katanya.Sementara itu, di ruangan komentar, rata-rata pengguna media sosial turut menzahirkan rasa dukacita terhadap pemergian Si Cacat.Tidak kurang juga ada yang berkongsi rakaman video kenangan melawat Si Cacat di taman pemuliharaan haiwan di Sabah itu.Taman Hidupan Liar Lok Kawi, Putatan terletak kira-kira 25 kilometer dari pusat bandar Kota Kinabalu.Ia menempatkan pelbagai spesies haiwan Borneo telah dibuka kepada umum sejak 17 Februari 2007.