JKM nafi keluarkan Kad Warga Emas Rasmi Malaysia

PUTRAJAYA- Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menafikan dakwaan pihaknya ada mengeluarkan Kad Warga Emas Rasmi Malaysia.Menurut JKM, penularan maklumat palsu boleh mengelirukan orang ramai terutamanya warga emas dan ahli keluarga."JKM mengambil maklum mengenai penularan maklumat tersebut di media sosial. JKM ingin menafikan kesahihan Kad Warga Emas Malaysia tersebut," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Sehubungan itu, jabatan berkenaan menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada dan mendapatkan maklumat yang tepat, sahih serta terkini hanya melalui saluran rasmi JKM.