JOHOR BAHRU - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selamat berangkat pulang ke tanah air pada Rabu selepas mengadakan lawatan khas dua hari ke Emiriah Arab Bersatu (UAE).Menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai pada jam 9.20 pagi disambut oleh Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Asman Shah Abd Rahman; Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara; Tan Sri Dr Azmi Rohani dan Pengelola Bijaya Diraja Johor, Kolonel (B) Datuk Mohamed Perang Musa.Lawatan khas Sultan Ibrahim ke UAE adalah atas undangan Presiden UAE Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan.Perbincangan Seri Paduka Baginda bersama Sheikh Mohamed telah meneroka pelbagai peluang kerjasama antara Malaysia dan UAE dalam bidang pertahanan, pelaburan serta keterjaminan makanan. - Bernama