'Anak susah kongsi barang, Johan hantar rumah anak yatim'

PELAWAK dan penyampai radio Johan Raja Lawak bersama isterinya, Ozlynn Waty, sering mencuri perhatian ramai dalam cara mereka membesarkan cahaya mata.Baru-baru ini, Johan atau nama sebenarnya Mohd Yazid Lim mendedahkan pernah menghantar anak keduanya, Ahmad Sodiq Hanania, ke rumah anak yatim kerana sikapnya yang sukar berkongsi barangan milik sendiri dengan adik-beradik lain.Menerusi satu video tular, bapa kepada enam orang cahaya mata itu menjelaskan tindakan tersebut dilakukan semata-mata untuk tujuan mendidik."Sodiq adalah antara anak saya yang tak boleh berkongsi. Makan tak boleh kongsi, sudu, air, tuala. Semua barang ini dia tidak boleh kongsi."Pada satu hari, ada satu kesalahan dia buat dengan adiknya. Jadi saya bawa Sodiq bersama adiknya, Haziq, ke rumah anak yatim selama tiga hari."Ustaz di situ pun pening. Ustaz tanya, ‘Boleh saya tahu tak, Johan? Kenapa hantar anak ke rumah anak yatim?’" kongsinya berseloroh.Menurut Johan, pendekatan yang diambil itu ternyata berkesan dan membawa perubahan positif.Selepas pulang dari rumah anak yatim, Sodiq dilihat menjadi lebih terbuka dan mudah berkongsi dengan adik-beradik yang lain."Tiada siapa yang mahu melihat anak susah, tetapi saya biarkan anak rasa susah supaya dia sedar diri."Sedarkan diri dan bersyukur apabila dia senang."Impaknya bila dia balik, macam pengantin di rumah. Mudah dengar arahan dan sudah boleh berkongsi."Kalau dia minum air, dia akan cakap, ‘Papa, mama, minumlah dulu.’"Kalau tidak, jangan harap. Kalau orang sudah minum, dia tak akan minum. Tapi dia lap-lap jugalah," katanya.Sekadar info, Johan dan Ozlynn Waty mendirikan rumah tangga pada 25 Julai 2009. Selain Sodiq, mereka turut dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ahmad Ariq Hanania, Ahmad Haziq Hanania, Nur Latifah Chantiq Hanania, Nur Latifah Moleiq Hanania, dan seorang lagi anak. - Sinarplus