'Keluarga tahu hubungan arwah Suri dengan suspek hanyalah kekasih, bukan suami isteri'

REMBAU - Orang ramai diharap tidak berterusan membuat spekulasi berhubung status Suri Narudin, 53, dengan suspek utama lelaki berusia 51 tahun yang ditahan, 19 Disember lalu.Anak saudara Allahyarham yang mahu dikenali sebagai Syasya, 38, berkata, ibu saudaranya itu telah pun meninggal dunia dan sebaiknya tidak perlu lagi bercakap mengenai perkara tersebut, kerana boleh menimbulkan kekeliruan."Kami harap semua pihak hentikan spekulasi yang boleh mengundang pelbagai kekeliruan."Berhentilah bercakap mengenai isu yang sebenarnya tidak perlu digempar-gemburkan," katanya ditemui di Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau di sini pada Rabu.Menurutnya, keluarga hanya mengetahui status suspek dengan arwah hanyalah pasangan kekasih dan bukannya suami isteri seperti yang dilaporkan sebelum ini.Sementara itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri tiba jam 5.55 petang di Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau untuk bertemu keluarga Allahyarham.Beliau turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada pihak keluarga sebelum meninggalkan lokasi sekitar jam 6.20 petang.Terdahulu media melaporkan, polis mengesahkan mayat yang ditemui dalam beg yang ditanam dekat sebuah rumah kosong di Kampung Batu 4 Pedas, Rembau, adalah Suri Narudin.Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad dilapor berkata, pengesahan identiti itu dilakukan melalui cap jari yang diperolehi dan ia sepadan dengan data yang terdapat di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)Beliau turut mengesahkan bahawa laporan analisis daripada Jabatan Kimia Malaysia sudah diterima dan mendapati profil spesimen yang dianalisis menunjukkan hubungan kekeluargaan terdekat dengan sampel DNA daripada waris mangsa.  ARTIKEL BERKAITAN: Polis sah mayat wanita dalam beg adalah SuriSuspek utama dibawa ke lokasi penemuan mayat wanita dalam begMayat wanita dalam beg: Penduduk dakwa suspek sudah berkahwin baharu dengan wanita SarawakKeluarga kenal suspek utama, dakwa hanya teman lelaki Suri'Suspek masih ambil anak saya dari sekolah selepas makcik hilang' - Anak saudara SuriMayat wanita dalam beg: Mangsa, suspek dipercayai bertengkar kerana wang