'Mak ikut abah, cinta sehidup semati'– Ziana Zain

BAGI penyanyi tersohor, Ziana Zain, Syawal kali ini bakal hadir bersama sepi yang tidak pernah dibayangkan apabila kehilangan kedua-dua ibu bapa tercinta dalam tempoh hanya empat bulan.Ziana, atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 56, mengakui hatinya masih belum mampu menerima hakikat bahawa insan yang selama ini menjadi tempat bersandar sudah tiada.Pemergian bapanya, Zain @ Zin Abdullah, disusuli ibunya, benar-benar menguji kekuatan emosi seorang anak."Kami kena kuat. Dalam masa empat bulan, abah dah tak ada, mak pun dah tak ada."Saya sendiri tak tahu macam mana nak cakap… minta ALLAH kuatkan saya, kuatkan hati saya," luahnya.Ibu kepada empat cahaya mata itu mengakui, bayangan menyambut Aidilfitri tanpa ibu bapa membuatkan fikirannya kosong dan sukar untuk dihadam."Tak tahu lah raya ini ni macam mana. Puasa ni macam mana? Tak boleh nak hadam lagi, nanti lagi kita akan rasa," ujarnya lagi.Ziana berkongsi luahan rasa ketika ditemui pada majlis pengebumian arwah ibunya di Tanah Perkuburan Islam Elmina, Shah Alam, pagi Khamis.Mengakui belum bersedia membayangkan suasana Syawal, Ziana berkata perkara paling berat buat dirinya adalah ketiadaan insan yang selama ini menjadi tempat memohon maaf dan doa."Tak boleh nak fikir. Nak mohon maaf pada siapa lagi? Mak ayah dah tak ada. Tinggal adik-beradik sajalah. Dalam kepala ini kosong," katanya jujur.Reda ketentuan ilahiTambahnya, soal persiapan raya yang biasanya dinanti-nantikan kini langsung tidak terlintas di fikiran."Nak fikir beli baju raya pun dah tak fikir. Baju raya pun dah tak ada makna. Nothing to look forward. Yang ada pun anak-anak," kongsinya lagiWalaupun masih dibaluti kesedihan, Ziana tetap reda dengan ketentuan Ilahi dan melihat peluang menjaga kedua-dua orang tuanya ketika sakit sebagai satu rahmat yang tidak ternilai."Empat bulan lepas abah pergi, kemudian mak pula ikut. Tapi itu cinta hati dia… sehidup semati. Memang ambil masa untuk pulih, tapi kita reda."Dapat jaga mak masa dia sakit, dapat jaga abah sebelum ini pun satu rahmat besar. Kami dah buat sehabis baik, jadi tak ada rasa terkilan," ujarnya.Ziana turut menitipkan doa agar roh kedua-dua ibu bapanya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman."Tak apa, kita redha. Alhamdulillah. Moga ALLAH ampunkan dosa mereka, tempatkan bersama orang-orang beriman. Itu doa saya," katanya.Untuk rekod, Allahyarhamah Robiah Abdul selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Elmina, Shah Alam, kira-kira jam 11 pagi Khamis, disaksikan ahli keluarga terdekat serta beberapa kenalan rapat. - Awani