KUALALUMPUR - Sebanyak 622,283 penempatan pekerjaan berjaya direkodkan sejak tahun 2023 hingga 19 Disember 2025 di bawah inisiatif MYFutureJobs.Ia mencerminkan keberkesanan dasar pasaran buruh aktif negara serta ketahanan ekonomi Malaysia dalam mendepani ketidaktentuan global.Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan berkata, pencapaian tersebut selari dengan penilaian positif Tabung Kewangan Antarabangsa(IMF) terhadap prestasi serta daya tahan ekonomi Malaysia.Menurutnya, pengiktirafan itu turut mencerminkan kekuatan asas domestik negara dan dasar fiskal serta ekonomi berhemah yang dilaksanakan oleh Kerajaan Madani."Pengiktirafan IMF membuktikan keupayaan Malaysia untuk kekal berdaya tahan walaupun berdepan cabaran perdagangan global dan ketidaktentuan dasar antarabangsa, termasuk kesan tarif tinggi yang dikenakan oleh Amerika Syarikat."Perkembangan positif ini didorong oleh permintaan domestik yang kukuh, pelaburan berterusan serta pertumbuhan guna tenaga yang sihat," katanya dalam satu kenyataan.Ramanan turut menegaskan ketahanan ekonomi perlu diterjemahkan kepada hasil yang bermakna kepada rakyat, khususnya melalui penyediaan peluang pekerjaan berkualiti, gaji adil dan pengukuhan tenaga kerja nasional."Pertumbuhan ekonomi mesti seiring dengan penciptaan pekerjaan berkualiti."Fokus kami adalah memastikan pertumbuhan yang inklusif serta melengkapkan rakyat Malaysia dengan kemahiran relevan bagi menghadapi pasaran buruh yang semakin dinamik,"j elasnya.Sehubungan itu,Ramanan berkata Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) akan terus memperkukuh inisiatif MYFutureJobs.Jelasnya, KESUMA akan terus mempertingkatkan keupayaan MYFutureJobs dengan memanfaatkan teknologi digital, memperkukuh kerjasama strategik bersama majikan serta menghasilkan pemprofilan pekerja yang lebih menyeluruh dan bersepadu."Selain itu, KESUMA turut memperkukuh pasaran buruh negara melalui inisiatif strategik dan bersepadu bersama PERKESO,HRDCorp, Jabatan Tenaga Manusia dan TalentCorp."Pendekatan ini merangkumi pemadanan kerja aktif, pembangunan kemahiran, perlindungan keselamatan sosial, pelaksanaan Dasar Gaji Progresif serta penawaran gaji yang lebih kompetitif."Ia bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara diterjemahkan secara langsung kepada peluang pekerjaan berkualiti,pendapatan mampan dan tenaga kerja yang berdaya saing," ulasnya.