Tiada unsur jenayah dalam kebakaran ragut nyawa dua beranak

KUALA LUMPUR – Tiada sebarang unsur jenayah dikesan dalam insiden kebakaran yang meragut nyawa dua beranak di sebuah rumah di Flat Sentul Utama, Jalan Dato Senu di sini pada Jumaat.Ketua Polis Daerah Sentul, Sukarno Mohd Zahari berkata, hasil siasatan awal termasuk proses bedah siasat mendapati kematian mangsa adalah akibat kejadian kebakaran tersebut."Proses bedah siasat ke atas kedua-dua mangsa telah selesai dijalankan dan setakat ini, siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kejadian berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang wanita warga emas bersama anak lelakinya maut selepas terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah di kawasan Sentul di sini.Dalam kejadian itu, dua mangsa ditemui di dalam tandas rumah terbabit terdiri seorang lelaki dewasa berusia 58 tahun dan seorang wanita warga emas berusia 82 tahun.