Abu Bakar dilantik Menteri Besar Perlis baharu

ARAU - Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan melantik Abu Bakar Hamzah sebagai Menteri Besar Perlis yang baharu menggantikan Mohd Shukri Ramli yang meletak jawatan pada Khamis.Majlis Istiadat Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Perlis disempurnakan di Istana Arau dan selesai kira-kira 4.10 petang Ahad.Pelantikan itu menjawab teka-teki siapa yang bakal dilantik menerajui Perlis setelah menteri besar meletak jawatan akibat faktor kesihatan.Abu Bakar ialah Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perlis dan juga Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Perlis.Abu Bakar memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Perlis pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan majoriti 1,254 undi.AKAN MENYUSUL