Kerajaan beri kuasa kepada PBT bertindak ke atas rumah ibadat tidak sah

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara untuk merobohkan rumah ibadat termasuk kuil yang dibina di tapak tidak sah.Walaupun keputusan itu bakal mengundang kontroversi, Anwar menegaskan Malaysia mempunyai undang- undang yang perlu dihormati oleh semua."Saya dengan ini mahu mengumumkan ketetapan kita tidak lagi mengizinkan dan majlis perbandaran (PBT) diberi keizinan untuk 'membersihkan' kuil bukan hak. Saya tahu boleh mengundang kontroversi. Negara ini negara hukum," katanya ketika berucap di Majlis Perjumpaan Bersama Warga Kementerian Perpaduan Negara, di sini pada Isnin.AKAN MENYUSUL