KPT Jamin Kebajikan Pelajar OKU, Guru Tingkatan Enam

KUALA LUMPUR, 9 Feb – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir memaklumkan pihaknya sentiasa memberi perhatian serta peka terhadap kesejahteraan para pelajar daripada golongan orang kurang upaya (OKU). Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO berkata bagi memastikan keperluan kelompok tersebut sentiasa terpelihara, pelbagai langkah dan usaha giat dilaksanakan di peringkat kementerian dan institusi pendidikan tinggi. [...]