Rangka manusia tanpa identiti ditemukan di Mentakab

TEMERLOH - Satu rangka manusia tanpa identiti ditemukan di kawasan parit dan belukar berhampiran Flat Damai Taha, Mentakab.Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron berkata, pihaknya menerima maklumat awam berhubung penemuan itu kira-kira jam 12 tengah hari pada Ahad.Susulan penemuan itu beliau berkata, sepasukan pegawai dan anggota polis bersama Bahagian Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang telah menjalankan pemeriksaan awal di lokasi kejadian."Hasil siasatan awal menemukan rangka manusia yang dipercayai seorang wanita berdasarkan pakaian ditemui."Rangka manusia itu dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HosHAS), Temerloh bagi tujuan proses bedah siasat yang akan dijalankan pada 10 Februari ini," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.Mohd Nasyim berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan kertas siasatan di bawah Mati Mengejut (SDR) telah dibuka sementara menunggu laporan penuh daripada pihak Forensik.Sehubungan itu, Mohd Nasyim berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Razzi Ismail di talian 017-231 4.