'Jika tiada perubahan, lawan tetap lawan' - Zamri Vinoth

SHAH ALAM – "Jika tiada perubahan, lawan tetap lawan," demikian tegas penyelaras himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH), Zamri Vinoth susulan isu berkaitan rumah ibadat yang dibina di tapak tidak sah.Dalam status ringkas di Facebook pada Isnin, beliau turut menulis: "Membujur lalu, melintang patah. Reformasi! Garah!"Terdahulu, Zamri bersama seorang lagi aktivis, Tamim Dahari Abdul Razak, direman dua hari bagi siasatan lanjut berhubung penganjuran Himpunan GARAH yang berlangsung pada Sabtu lalu.Zamri sebelum ini memaklumkan perhimpunan aman berkenaan bertujuan menegakkan kedaulatan undang-undang menentang jenayah ceroboh, tanpa kaitan dengan mana-mana kaum atau agama.Media melaporkan, polis menahan seramai 19 individu termasuk dua yang direman, bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan berkenaan.Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, tangkapan dibuat susulan perhimpunan 'ad hoc' yang berlaku walaupun pihak polis tidak membenarkan penganjurannya atas faktor keselamatan dan ketenteraman awam.