Suami isteri maut motosikal bertembung Hilux

GERIK – Sepasang suami isteri maut selepas motosikal yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux di Kilometer 96.4 Jalan Kuala Kangsar–Gerik–Pengkalan Hulu di sini pada Isnin.Dalam kejadian kira-kira jam 2.45 petang itu, penunggang motosikal jenis Yamaha XMAX, Ahmad Mir Hakim Abdul Haziman, 38, dan isterinya, Nurul Alia Razak, 33, masing-masing bekerja di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.Difahamkan terdapat seorang lagi penunggang dan pembonceng motosikal lain yang turut terlibat dalam kemalangan berkenaan tetapi hanya mengalami kecederaan.Rakaman dan gambar kejadian kemalangan itu turut tular di media sosial, memaparkan keadaan motosikal mangsa serta kenderaan pacuan empat roda terbabit yang mengalami kerosakan teruk.AKAN MENYUSUL