Bekalan Air Johor Terjejas Akibat Cuaca Kering, Kerajaan Negeri Laksana Pelbagai Inisiatif Segera

JOHOR BAHRU, 10 Feb – Kerajaan Negeri Johor sedang menggerakkan pelbagai langkah kecemasan bagi menangani gangguan bekalan air susulan fenomena cuaca kering berpanjangan yang menyebabkan paras Sungai Benut berada pada tahap minimum serta Empangan Machap jatuh di bawah paras operasi selamat. Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata keadaan itu menjejaskan operasi Loji Rawatan Air (LRA) Simpang Renggam yang [...]