Kronologi kes rasuah RM3.09 juta Isa Samad

21 Julai 2014 hingga 11 Disember 2015.-Didakwa melakukan pertuduhan menerima suapan berjumlah RM3.09 juta daripada Ahli Lembaga Pengarah Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd (GAPSB).14 Disember 2018-Mohd Isa didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas satu pertuduhan pecah amanah dan sembilan pertuduhan menerima rasuah.4 April 2019-Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur benarkan kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.11 April 2019-Sebutan Kali pertama di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.8 Oktober 2019- Perbicaraan bermula.14 Januari 2020-Pendakwaan tutup kes. Perbicaraan peringkat pendakwaan berlangsung selama 15 hari.20 Mei 2020-Hujahan akhir pendakwaan.16 Jun 2020-Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Mohd Isa untuk membela diri atas sembilan pertuduhan rasuah selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan segala intipati pertuduhan.17 Ogos 2020- Mohd Isa mula memberi keterangan bela diri secara bersumpah dari kandang saksi.3 September 2020- Pembelaan menutup kes selepas memanggil enam orang saksi.24 Disember 2020-Hujahan di akhir kes pembelaan.3 Februari 2021-Keputusan di akhir kes pembelaan yang mendapati Mohd Isa bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara enam tahun, denda RM15.45 juta serta penjara 18 tahun sekiranya gagal membayar denda.6 Mac 2024-Bekas Menteri Besar itu dilepas dan dibebaskan selepas panel tiga hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara mengetepikan sabitan serta hukuman berkenaan.7 Mac 2024-Pihak pendakwaan memfailkan notis rayuan26 Jun 2024-Petisyen rayuan dengan mengemukakan 24 alasan bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan.10 Febuari 2026- Isa Samad ke penjara serta-merta, sabitan dan hukuman kes rasuah RM3.09 juta kekal