Penunggang motosikal maut dirempuh kereta terbabas

MELAKA – Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah Perodua Myvi yang dipercayai terbabas di persimpangan lampu isyarat Batu Hampar, Bukit Baru, di sini pada Selasa.Video kejadian tersebut tular di media sosial menerusi rakaman papan pemuka berdurasi 41 saat yang memaparkan kenderaan terbabit dipandu dalam keadaan terhuyung-hayang sebelum melanggar beberapa kenderaan di laluan bertentangan yang sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat.Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 tengah hari.Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, ketika dihubungi memaklumkan pihaknya akan mengeluarkan kenyataan media dalam masa terdekat.AKAN MENYUSUL