Johor Perkukuh Kerjasama Global, Pembangunan Modal Insan Jadi Teras Transformasi Negeri

JOHOR BAHRU, 10 Feb — Kerajaan Negeri Johor terus memperkukuh kerjasama strategik dengan institusi pendidikan dan dasar bertaraf dunia sebagai sebahagian daripada agenda transformasi negeri, dengan pembangunan modal insan dijadikan teras utama. Menteri Besarnya, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, usaha ini bertujuan meningkatkan keupayaan perkhidmatan awam negeri serta memastikan Johor kekal berdaya saing dalam landskap ekonomi global yang semakin mencabar. [...]