Mayat wanita dikerat: Warga emas suspek utama merupakan tunang mangsa - Polis

KOTA KINABALU - Suspek utama warga emas yang ditahan berhubung kes pembunuhan wanita dan anggota badannya dikerat sebelum ditemui dibuang di tempat pembungan sampah di Taman Indah Permai, Sepanggar pada Khamis merupakan tunang mangsa.Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintenden Syed Lot Syed Ab Rahman berkata, siasatan awal mendapati hubungan antara suspek utama dan mangsa yang berusia 40-an adalah sebagai tunang."Hasil soal siasat awal mendapati suspek utama mengaku terlibat dalam kejadian tersebut dan menyatakan motif dipercayai berpunca daripada perselisihan hubungan peribadi dan tuntutan wang pertunangan."Hubungan suspek dan mangsa dipercayai sebagai tunang. Bagaimanapun, siasatan lanjut masih diteruskan bagi melengkapkan kertas siasatan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.Dalam kejadian itu, mayat seorang wanita ditemukan dalam keadaan anggota badannya dikerat sebelum dibuang di kawasan pembuangan sampah di Taman Indah Permai.