MELAKA - Mayat seorang bayi perempuan cukup sifat dan masih bertali pusat ditemui di tandas awam Taman Bandaraya Bukit Serindit di sini pada Jumaat.Penemuan tersebut menggemparkan orang awam sebelum pihak berkuasa dimaklumkan untuk tindakan lanjut.Mayat bayi berkenaan dipercayai diletakkan bersebelahan sinki dibungkus dengan kain telekung.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem, menerusi perkongsian di Facebook meluahkan rasa kecewa dan kesal terhadap kejadian berkenaan.Menurut beliau, insiden itu amat menyedihkan lebih-lebih lagi berlaku pada pagi Jumaat.“Cukup sifat dan masih bertali pusat. Memang s***lah siapa punya pekerjaan ni. Bikin angin pagi-pagi Jumaat. Maklumat lanjut korang baca kat portal online jerlah,” katanya dalam hantaran tersebut.Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan pihak polis berhubung butiran lanjut kejadian dan siasatan masih dijalankan.