Pemecatan Hamzah tanda Muhyiddin terdesak - Wan Saiful

SHAH ALAM - Pemecatan Datuk Seri Hamzah Zainudin daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) adalah sesuatu yang sudah dijangka, menurut bekas Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan.Wan Saiful yang juga merupakan Ahli Parlimen Tasek Gelugor berkata, tindakan itu juga menggambarkan Presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berada dalam keadaan terdesak.Menurutnya, tindakan menghantar sendiri notis pemecatan seolah-olah memperlihatkan Muhyiddin turut bertindak sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin."Pemecatan YB Dato Seri Hamzah Zainudin memang sudah diagak kerana Muhyiddin sekarang ini betul-betul terdesak."Apatah lagi bila Muhyiddin sendiri yang menghantar notis pemecatan (dalam kumpulan whatapp), seolah-olah dia juga Pengerusi Lembaga Disiplin. Muhyiddin dah berperangai di luar tabi’i."Dalam parti, sokongan kepada Muhyiddin sudah minima. Hanya mereka yang dia lantik saja yang menyokong dia. Itupun kerana sayangkan jawatan lantikan."Betul lah komen-komen saya sebelum ini bahawa Lembaga Disiplin diperkuda untuk memburu Hamzah."Akar umbi kekal bersama Hamzah dan kumpulan yang lebih besar adalah bersama Hamzah," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya pada Jumaat.Pada Jumaat, Hamzah dilaporkan dipecat daripada keahlian Bersatu berkuat kuasa serta-merta menerusi Notis Pemecatan Keahlian bertarikh 13 Februari 2026 dengan rujukan BERSATU/LD/RPT/108/25.Menerusi notis berkenaan, Lembaga Disiplin Bersatu memaklumkan keputusan itu dibuat selepas bersidang pada 12 Februari 2026.Menurut notis itu, keputusan pemecatan dibuat di bawah Fasal 22.5 Perlembagaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) susulan tindakan Hamzah yang didakwa melanggar Fasal 9.1.4 perlembagaan parti berkenaan.Hamzah yang juga ahli Bahagian Larut dengan nombor keahlian 00259299 dimaklumkan bahawa notis berkenaan berkuat kuasa serta-merta.Bagaimanapun, beliau masih mempunyai hak untuk mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan bagi pertimbangan dalam tempoh 14 hari dari tarikh notis berkenaan.Notis pemecatan itu ditandatangani oleh Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu, Datuk Mohd Radzi Mohd Manan dan dialamatkan kepada Hamzah di Bukit Damansara.